In a vehicle fitted with a FordPass Connect modem, you will see an icon displayed on the in-vehicle SYNC screen which appears as:
Kongsi Data Kenderaan
Jika anda berkongsi kenderaan anda dengan orang lain, sila beritahu mereka tentang tetapan ciri-ciri Kenderaan Bersambung anda. Sebagai contoh, beritahu mereka di mana mereka boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk mematikan perkongsian data pada menu Tetapan dalam sistem infotainmen SYNC 4. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sesiapa sahaja yang anda berkongsi kenderaan anda mengetahui Ciri-ciri Kenderaan Bersambung dan telah membaca dan memahami Terma dan Polisi Privasi Kenderaan Terhubung Ford serta memberikan persetujuan bertulis mereka (sekiranya perlu) untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan kepada data peribadi apabila mereka menggunakan kenderaan anda.
Ikon dalam kenderaan dan pop timbul perkongsian data menunjukkan Maklumat Kenderaan Bersambung sedang dikongsi.
Pemandu dan penumpang tanpa peralatan mudah alih atau dengan peralatan mudah alih yang belum dipasangkan (paired) dengan sistem infotainment SYNC 4, atau jika seseorang adalah baru kepada menggunakan kenderaan anda, atau tidak memandunya dengan secukupnya untuk memasangkan peralatan mudah alih mereka, mereka akan melihat pop-timbul dipaparkan dalam kenderaan memberi amaran kepada mereka berkenaan tetapan perkongsian data semasa dan jenis kenderaan yang disambungkan melalui kenderaan tersebut.
Sebelum menjual atau memindahkan pemilikan kenderaan, anda mesti: (a) melengkapkan Set Semula (lihat di bawah untuk arahan); (b) mengeluarkan data peribadi yang diimport termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai kenalan, nama peralatan berpasangan ; dan (c) mengembalikan kenderaan kepada tetapan asal kilang. Ini sama seperti mengelap memori telefon mudah alih anda apabila anda menaik taraf kepada peralatan mudah alih baharu. Dan, jangan lupa untuk melakukan Set Semula Utama (Master Reset) apabila anda membeli kenderaan terpakai yang dilengkapi dengan modem FordPass Connect.
A. Tetapan Semula Sambung FordPass (FordPass Connect Reset)
Tetapan semula modem FordPass Connect akan menetapkan semula tetapan modem kepada ketetapan asal kilang (iaitu pengaktifan modem separa /separa mengaktifkan modem).
Semua tetapan SYNC 4 yang lain, seperti peralatan mudah alih berpasangan, buku telefon dan alamat yang disimpan akan dikekalkan
B. Arahan Set Semula Utama
Set Semula Utama (Master Reset) akan menetapkan semula tetapan modem seperti yang diterangkan di atas dan semua tetapan SYNC 4. Ia akan memadamkan semua data yang disimpan SYNC 4 termasuk peralatan mudah alih berpasangan, buku telefon, sejarah panggilan dan alamat yang disimpan.
Tetapan Semula Utama (Master Reset) hanya boleh dilakukan di dalam kenderaan dan harus dilakukan sebelum memindahkan milikan kenderaan anda.Kami berkomit untuk menguruskan data peribadi anda secara adil dan mengikut polisi privasi kami dan menurut peruntukan yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (Akta Privasi). Apabila kenderaan yang disambungkan (dibincangkan secara terperinci di bawah), dikaitkan dengan VIN kenderaan anda dan dipautkan kepada anda, Ford akan mengurusnya sebagai data peribadi.
Anda boleh mengetahui tentang amalan privasi kami secara lebih umum di https://ford.simemotors.my/privacy-disclaimer.
Kami mungkin menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda:
Di bawah ialah jenis maklumat kenderaan bersambung yang kami kumpulkan dan tujuan data itu boleh digunakan. Berdasarkan tahap ketersambungan yang anda pilih untuk kenderaan anda dan Perkhidmatan Terhubung yang anda gunakan, kami mungkin mengumpul dan menggunakan semua atau beberapa maklumat kenderaan bersambung yang dinyatakan di bawah. Maklumat boleh dihantar melalui penghantaran jauh kepada kami melalui FordPass Connect, AppLink, Wi-Fi atau diperoleh terus daripada kenderaan semasa lawatan perkhidmatan.
Tiada siapa yang boleh menjamin penghantaran data melalui Internet adalah selamat, tetapi kami, pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi kami mengambil serius akan data dan keselamatan siber, terutamanya berkaitan dengan data peribadi anda.
Kami menggunakan pelbagai langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal untuk membantu melindungi dan mengekalkan keselamatan, integriti dan ketersediaan data kenderaan yang disambungkan.
Ford mempunyai pasukan keselamatan siber kenderaan yang bersambung dan melaksanakan pelbagai langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data kenderaan yang disambungkan, termasuk kawalan akses untuk mengehadkan akses yang tidak perlu atau akses tanpa kebenaran, kehilangan, penggantian, pembetulan atau pendedahan data kenderaan yang berkaitan, menurut Akta Privasi, serta langkah keselamatan siber seperti pencincangan dan penyulitan data.Ford telah melaksanakan langkah kawalan akses dan penggunaan storan data dan peralatan pemprosesan yang terjamin sesuai untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi. Kami mengehadkan akses kepada data peribadi serta alatan storan dan pemprosesan dengan mengenakan hak akses atau kebenaran, membenarkan hanya individu yang diberi kuasa untuk mengakses data peribadi, dan melaksanakan tanggungjawab pengguna untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, persepsi, pertindihan yang menyalahi undang-undang data peribadi atau kecurian storan atau peralatan pemprosesan. Kami juga mempunyai Langkah-langkah yang munasabah untuk membolehkan pemeriksaan semula akses, pengubahan, pemadaman atau pemindahan setiap data peribadi.
Kami mungkin akan berkongsi data/maklumat kenderaan yang berkaitan dengan:
Kami menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, kami mungkin menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama jika kami perlu mematuhi Akta Privasi dan peraturan, dasar dalaman kami, peraturan operasi atau, apabila perlu, apabila pertikaian berlaku.
Sebaik sahaja disambungkang data kenderaan tidak lagi diperlukan oleh kami atas sebarang sebab, ianya akan sama ada akan tidak dapat dipulihkan tanpa nama atau dimusnahkan secara kekal. Jika data telah tidak dapat dipulihkan tanpa nama, Ford boleh menyimpannya dan menggunakannya untuk sebarang tujuan mengikut keperluan.
Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Akta Privasi dan prosedur pengurusan hak subjek data kami, anda mungkin mempunyai hak berikut.