NOTIS DATA PERLINDUNGAN PERIBADI
A. Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) (“Notis Privasi”). Ia menjelaskan jenis data yang kami kumpul atau telah kumpul dan bagaimana kami mengumpul data berkenaan, tujuan memproses data sedemikian, pihak-pihak yang kami dedahkan data berkenaan kepada serta pilihan yang tersedia kepada kamu termasuk bagaimana hendak mengakses dan membetulkan data peribadi sedemikian.
B. Data Peribadi yang kami kumpul dari kamu
Apabila permohonan dibuat oleh anda kepada kami untuk pembiayaan sewa beli dan tidak kira sama ada sesuatu permohonan itu memerlukan surat (surat-surat) jaminan diberikan kepada kami dan/atau kemudiannya dibatalkan atau ditolak, kami akan atau mungkin perlu untuk mengumpul, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan, menyusun, rujuk kepada, mengesahkan dengan, berkongsi atau mendedahkan ("proses") data peribadi anda/ rakan-rakan kongsi anda dan/atau penjamin individu (individu-individu) anda yang dicadangkan dan/atau data peribadi individu-individu di dalam atau di luar syarikat/ kumpulan syarikat anda dan/atau penjamin korporat yang dicadangkan anda, seperti pemegang saham, pengarah, pengurus, setiausaha, pembekal, pekerja dan individu pihak ketiga yang lain ("Data Peribadi"). Data Peribadi tersebut boleh termasuk yang berikut:-
Nama, nombor pendaftaran kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, gambar, alamat e-mel, alamat pos dan/atau alamat kediaman, umur, nombor telefon tetap, nombor telefon bimbit, butir-butir pendapatan semasa dan yang lepas, butir-butir akaun bank, butir-butir kad kredit, jawatan pengarah dalam syarikat-syarikat, pegangan saham dalam syarikat-syarikat, aset-aset, penglibatan dalam prosiding-prosiding guaman termasuk butir-butir prosiding-prosiding sedemikian, butir-butir pinjaman dan lain-lain transaksi kewangan, solvensi, kedudukan kewangan,pemilikan hartanah, butir-butir pendaftaran kereta dan maklumat berkaitan lain yang perlu dan bersampingan dengan perniagaan kami.
C. Data Peribadi Anda Yang Kami Ambil Daripada Pihak Ketiga
Apabila satu permohonan di buat oleh anda kepada kami untuk pembiayaan sewa beli, kami perlu menjalankan pemeriksan kredit keatas anda melalui Biro Kredit Berpusat atau biro, pihak berkuasa atau badan lain sedemikian sama ada atau tidak ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia termasuk Biro Maklumat Cek, sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan agensi-agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 bagi maksud memproses permohonan pembiayaan sewa beli anda (“Pemeriksaan Kredit”). 
Dalam mengendalikan Pemeriksaan Kredit, Biro Kredit Berpusat atau biro, pihak berkuasa atau badan lain sedemikian sama ada atau tidak ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia termasuk Biro Maklumat Cek, sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan agensi-agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 akan mendedahkan Data Peribadi anda yang mana termasuklah maklumat kredit anda (seperti dinyatakan dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit) kepada kami.
D. Tujuan bagi yang mana kami memproses Data Peribadi
Kami memproses Data Peribadi kamu bagi tujuan yang mungkin termasuk untuk dan/atau berhubung dengan pengendalian perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada peruntukan pembiayaan sewa beli, untuk dan/atau berhubung dengan meneruskan dengan kepentingan sah syarikat kami termasuk memproses segala yang perlu dan bersampingan dengan melaksanakan pengendalian urus-niaga syarikat kami, untuk dan/atau berhubung dengan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan atau mahkamah undang-undang, untuk dan/atau berhubung dengan segala tujuan lain yang perlu dan/atau bersampingan kepada perniagaan kami dan segala tujuan yang perlu untuk atau berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.
E. Kepada siapa yang kami akan dedahkan Data Peribadi
Semasa memproses Data Peribadi kamu, kami boleh mendedahkan Data Peribadi sedemikian kepada orang-orang yang berikut termasuk akan tetapi tidak terhad kepada mana-mana pekerja kami atas dasar perlu ketahui, juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, perunding-perunding, penanggung-penanggung insurans, penanggung-penanggung insurans yang dicadangkan, penasihat-penasihat, jurubank, ejen-ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma-firma guaman di dalam bidang kuasa lain), rakan-rakan atau sekutu-sekutu yang mempunyai kewajipan terhadap kami untuk menyimpan rahsia, majikan dan/atau rakan-rakan perniagaan kamu, pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan di Malaysia dan di negara-negara di mana juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, perunding-perunding, penanggung-penanggung insurans, penanggung-penanggung insurans yang dicadangkan, penasihat-penasihat, jurubank, ejen-ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma-firma guaman di dalam bidang kuasa lain), rakan-rakan atau sekutu-sekutu perniagaan kami yang hadir atau memerlukan kelulusan atau dihendaki mengemukakan maklumat sedemikian, semua orang atau badan lain yang membekalkan kepada kami perkhidmatan yang perlu dan/atau yang bersampingan dengan perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada semakan kredit dengan Biro Kredit Pusat atau mana biro lain yang sedemikan, pihak berkuasa atau badan sama ada atau tidak ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia termasuk Biro Maklumat Cek, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan agensi-agensi pelaporan kredit yang didaftarkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Kami boleh memproses Data Peribadi kamu termasuk menghubungi kamu dan/ atau pihak-pihak ketiga lain bagi tujuan (tujuan-tujuan) yang dinyatakan di sini menerusi panggilan telefon, pesanan ringkas, e-mel, aplikasi pesanan mobil pelantaran silang (cross-platform mobile messaging applications), pos, faks, media sosial atau menerusi walau apa cara komunikasi tersedia yang boleh didapati.
F. Perpindahan ke Luar Negeri
Kami boleh memindahkan Data Peribadi kamu ke tempat-tempat di luar Malaysia semasa melaksanakan mana-mana dari tujuan yang dinyatakan di sini.
G. Mengakses dan mengemas kini Data Peribadi Anda
Di bawah Akta yang berkenaan, kamu berhak untuk mengakses Data Peribadi kamu setelah membayar fi yang ditetapkan dan kamu boleh meminta agar kami membetulkan Data Peribadi kamu yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang sangat lama melainkan penunaian permintaan kamu itu ditolak di bawah Akta berkenaan. Kami akan memaklumkan kamu mengenai sebab mengapa permintaan kamu tidak dapat disetujui.Kami boleh juga melaksanakan budi bicara kami untuk membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau boleh menghendaki keterangan dokumentari tambahan bagi data baru itu untuk mengelakkan frod (penipuan) dan ketidaktepatan. Kamu boleh juga menarik balik persetujuan kamu atau menyekat tujuan dan kaedah kami memproses Data Peribadi kamu dan data peribadi yang berkaitan dengan lain-lain orang yang boleh dikenal-pasti daripada Data Peribadi kamu. Sekiranya kamu mempunyai apa jua soalan mengenai Notis Privasi kami atau kamu ingin meminta akses kepada Data Peribadi kamu atau membetulkan Data Peribadi kamu ataupun menarik balik persetujuan kamu atau menyekat tujuan dan kaedah akan bagaimana kami memproses Data Peribadi kamu, anda boleh menghantar permintaan kamu secara bertulis kepada alamat yang berikut:-

U.P. (pembiaya sewa beli] :...........................................................
Alamat :...........................................................
No. Tel : ..........................................................
E-mel :...........................................................

Sila ambil perhatian bahawa meskipun penarikan balik persetujuan kamu, kami masih boleh memproses Data Peribadi kamu di bawah keadaan–keadaan yang dibenarkan undang-undang.
H. Mengemas kini Notis Privasi kami dari masa ke semasa
Kami boleh menyemak dan mengemas kini Notis Privasi ini dari masa ke semasa untuk menunjukkan perubahan dalam undang-undang dan amalan perniagaan. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan versi terkini Notis Privasi kami dengan menghubungi kami untuk memastikan agar kamu biasa dengan versi terkini. Dengan tidak menarik balik persetujuan kamu selepas makluman Notis Privasi kami yang terkini, kamu dianggap sebagai telah menerima dan menyetujui semakan semula serta pengemaskinian yang terkandung di dalamnya.
I. Kesan Ketiadaan Data Peribadi
Sila dimaklumkan bahawa sekiranya Data Peribadi kamu tidak dibekalkan atau yang dibekalkan adalah tidak memadai, permohonan anda kepada kami bagi pembiayaan sewa beli daripada kami boleh ditolak. Sila ambil perhatian selanjutnya bahawa jika kamu menarik-balik persetujuan kamu atau menyekat tujuan dan kaedah-kaedah kami memproses Data Peribadi kamu, pemprosesan permohonan anda kepada kami bagi pembiayaan sewa beli daripada kami boleh ditolak.
J. Data Peribadi Pihak-pihak Ketiga
Kamu dengan ini mengesahkan bahawa kamu telah mendapatkan persetujuan dari orang (orang-orang) yang mana data peribadinya boleh diberikan kepada kami oleh kamu atau dikenal pasti daripada Data Peribadi kamu yang boleh diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini termasuk pendedahan kepada penjamin (penjamin-penjamin) individu kamu yang dicadangkan dan/atau individu-individu di dalam atau di luar penjamin-penjamin korporat kamu yang dicadangkan, seperti pemegang-pemegang syer, pengarah-pengarah, pengurus-pengurus, setiausaha-setiausaha, pembekal-pembekal, pekerja-pekerja dan individu-individu pihak ketiga yang lain.
K. Persetujuan Kamu
Sila ambil perhatian bahawa dengan memberikan kami persetujuan kamu, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk memproses/meneruskan pemprosesan Data Peribadi kamu selaras dengan yang dinyatakan di sini.
PENGAKUAN DAN KEBENARAN
Saya/ Kami telah membaca dan memahami Notis Privasi ini dan saya/kami memberi kebenaran saya/kami terhadap pemprosesan atau pemprosesan berterusan Data Peribadi saya/kami dan/atau mengesahkan bahawa saya/kami telah mendapat kebenaran daripada individu-individu yang berkaitan dengan pemprosesan atau pemprosesan berterusan Data Peribadi oleh syarikat anda.

Tandatangan & Cop

........................................................

Nama:.................................................
No. K.P/ Paspot.:...............................................
Jawatan:............................................. Syarikat:..............................................
Tarikh:.................................................

Follow Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd 
(198101002488(68602-V))






Ford Sales Chat Is Now On WhatsApp
Our sales chat is currently operating on WhatsApp from Monday to Friday, 10AM to 7PM & Saturday 10AM to 2PM (excluding public holidays).

For Aftersales / Parts / Warranty enquiries, contact our Customer Care Centre at 1300 383 181 Monday – Friday 9AM to 5PM (excluding public holidays) or email customercare.sdac@simedarby.com.

Click the button below to get the conversation started.
Ooops!
Generic Popup2